Tuesday, April 23, 2013

LuqmanMatJani.



Ok. Keputusan Kolej Matrikulasi keluar 25/4/2013 ni. Dalam 3 pilihan Kolej Matrik ni, aku pilih Matrik Gambang, Matrik Johor and Matrik Negeri Sembilan. Taktau la agaknya dapat yang mana. Berbekalkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang ciput je, aku ragu-ragu kalau dapat masuk universiti. Yelah, result tak seberapa tapi cita-cita menggunung. Seorang hamba Allah ni beritahu aku, 'sangkaan Allah terhadap hambaNya adalah sangkaan mereka terhadap Allah'. Literally, whatever we did thought of what He'd do to us, he will do. Be postive, think positive. Bersangka baik itu lagi baik. Teruskan berdoa. Hey, rezeki Allah bukan hanya pada SPM (ayat sedapkan hati). Kalau dah ditakdirkan kita berjaya di tempat lain, takkan kita nak tolak qada' dan qadar yang dah termaktub di Luh Mahfuz? Layak ke kita? No one knows. Kehidupan ni satu misteri, sebab pengetahuan manusia ni terbatas dan pengetahuan Allah melebihi segala-galanya. Aku pun tak berpengetahuan dalam bab bab macam ni. So, aku hanya bagi moral support jelah. Doakan yang terbaik buat aku dan korang sendiri. Takde keep calm keep calm. Naik bosan aku dengor. 


So... just keep prayin' :)

Saturday, April 20, 2013

LuqmanMatJani.

Pernah dengar negeri Perak? Ok haritu aku dengan kawan aku, Asraf Majdan finally secara official nya menjejakkan kaki kami ke negeri Perak Darul... jap, lupa. ok Perak Darul Ridzuan. High five! Kitorang ni tak berkemampuan so kalau nak berjalan tu 10 tahun sekali la. Itu pun IF AND ONLY IF ada pitih. Takdok pitih, mampuh kerah situ ah. Nasib baik la kawan aku ni bawak duit lebih. Makan, minum, teksi, tambang bas etc. semua dia tanggung. Bayangkan 3 hari takde duit langsung. Dalam 'wallat' aku ada duit syiling je. Kalau tepuk tepuk pun takkan keluar rama-rama. 

Macam ni la muka aku time desperate tu. Macam ni  lah. Sebijik.

Itu pun kitorang dah save. Tiap hari makan mi goreng basah + teh o ais. Habis bajet dah tu. Actual purpose kami datang ke tanah Perak ni adalah untuk bertemu dengan Nur Amy Syahira, kekasih hati Asraf Majdan. Aku harap semoga hubungan diorang ni berkekalan sampai ke cucu cicit cucut cacat ok tak cacat lah hehe. Maafkan kitoang kalau banyak menyusahkan. Sorry perangai aku memang tak senonoh sikit la. Hey, nice knowing you Amy. Amirul Asraf bin Majdan, take good care of her :)